jiwa daie

Saturday, August 05, 2006

amar maaruf, nahi munkar

semua orang mengetahui ayat ini, dan semua orang boleh menyebutnya dengan baik, namun sejauh mana pengamalannya....

sejauh mana kita mengajak kepada melakukan perkara yang baik
dan mencegah perkara yang dilarang

yang mana lebih sukar?

bila nak mengajak seseorang melakukan perkara yang baik
di dalam hati mesti terasa berat, dan berbagai2 persoalan yang akan muncul,
dan kita seringkali memilih2 orang yang kita mahu mengajak, kita akan mengajak orang yag kita rasa ada harapan untuk melakukan perkara baik itu selain bimbang akan penolakan.
tetapi kita harus sedar, bahawa jika input atau ajakan diberi berulang kali, insyaAllah ia akan smpai juga pada hatinya.

dalam membuat teguran

1) kita tidak seharunya berputus asa untuk terus menegur, dan cepat marah

2) harus di'set'kan di dalam minda bahawa, perubahan seseorang itu bukanlah disebabkan oleh usaha kita, tetapi dengan keizinan Allah, jadi apabila nasihat kita ditolak setelah berulang kali, maka kita tidak seharunya berasa marah atau berputusa asa, tetapi harus ingat, mungkin Allah masih tidak membuka hijab di hatinya untuk nasihat itu sampai kepadanya

3) proses timbal balik- apabila kita menegur seseorang, ada dua perasaan yang akan dialami sama ada kita rasa kita adalah yang terbaik dan betul, atau kadang2 kita rasa tidak mahu menegur kerana rasa ilmu kita kurang atau takut orang akan mengecam dengan menunding kesalahan lain yang kita lakukan,
tetapi ingatlah dan peganglah di dalam hati bahawa, teguran kita itu adalah kerana kita sedar sesuatu itu salah dan orang itu tidak sedar. tetapi, mungkin suatu hari nanti, dimana mungkin kita pula terlalai dan melakukan kesilapan yang sama,nauzubillah, dengan harapan, orang berkenaan akan menegur kita semula,

0 comments: