[jiwa da'ie] Dari hati naik ke wajah.....

Sunday, August 06, 2006

Apa yang di dalam hati akan terpancar pada wajah

Lagak orang yang bercinta, pabila hati bahagia, terpancar pada wajah riak bahagia itu
Pabila sayang pada seseorang, pandangan juga penuh dengan kasih sayang dan bercahaya matanya
Begitu juga sebaliknya, jika hati benci, maka wajah akan dipenuhi dengan riak benci

Sebagai da'ie,
Bolehlah diaplikasikan dalam menyampaikan dakwah dan teguran

Teringat sebuah cerita pengalaman seorang sahabat.
Dia adalah seorang timbalan ketua umum disebuah sekolah agama yang terkenal di selangor.
Tiba suatu ketika, dia harus menegur rakan2 sama tingkatan dengannya yang melakukan kesalahan.
Serba salah menyerbu di dalam hati, mana tidaknya, itu semua rakan2nya, bagaimana dia harus menegur memberi nasihat, apakah cara yang terbaik? Silap cara, tutur kata, nanti mungkin ada yang berkecil hati dan paling teruk mereka tidak mengambil pusing akibat ego yang tidak boleh menerima teguran daripada rakan sebaya.

Maka sahabat saya ini, di dalam hatinya meletakan dirinya seperti jiwa seorang ibu dan menegurlah rakan2nya itu.
Sebaik ditegur, rakan2nya sempat menkomen, mengatakan dia seolah2 bagai seorang ibu yang menegur.
MashaAllah begitu lah kebesaran Allah, niat yang ikhlas dan betul didalam hati ditambah pula dengan cara yang betul. Alhamdulillah teguran itu diterima dengan baik.

oleh itu, haruslah sejajar apa yang di dalam hati dan yang dituturkan, kerana ia semua akan terpancar pada wajah. Jadi kita tidak akan dapat menipu apa yang di dalam hati.

Sesunguhnya Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan.....

0 comments: